UMNO selari Pas, sokong Muhyiddin sebagai PM

Annuar menyerahkan surat tawaran permit sementara waktu terhad kepada seorang penjaja di Setapak Indah hari ini.
Annuar menyerahkan surat tawaran permit sementara waktu terhad kepada seorang penjaja di Setapak Indah hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO selari dengan Pas untuk terus menyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, Mesyuarat Muafakat Nasional dua minggu lalu turut membincangkan perkara itu peringkat jawatankuasa.

"Kita bersetuju terus beri sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan terus kekal sebagai anggota Perikatan Nasional pada PRU ke-15... perkara tersebut akan dibawa dalam saluran parti masing-masing," katanya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi di Facebook rasmi beliau di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN - Pas sokong Muhyiddin sebagai calon PM hadapi PRU15

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian pada program penyerahan surat tawaran permit sementara waktu terhad kepada 80 penjaja di Setapak Indah hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Terdahulu, Abdul Hadi menyatakan sokongan ke atas Perikatan Nasional itu untuk kesejahteraan negara dan rakyat selain yakin dengan kepimpinan Muhyiddin.

Artikel Berkaitan: