X

Kindly register in order to view this article
!

Keluarga mangsa bot karam solat hajat di jeti

Ahli keluarga tiga mangsa bot karam yang masih belum ditemui mengadakan solat hajat di kawasan Jeti Pemasaran Ikan Kemasin di sini hari ini.
A
A

BACHOK - Ahli keluarga tiga mangsa bot karam yang masih belum ditemui mengadakan solat hajat di Jeti Pemasaran Ikan Kemasin di sini hari ini memohon supaya operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipermudahkan.

Solat hajat diadakan diimamkan oleh Supri Daud, 60, yang juga abang kepada salah seorang mangsa yang belum ditemui, Harun Daud.

Menurut Supri, solat hajat telah dibuat sejak hari pertama adiknya dilaporkan hilang, namun pada hari ini ia dilakukan bersama kaum keluarga mangsa yang lain.

"Sebelum ini sejak hari pertama kejadian, ahli keluarga dan rakan-rakan buat solat hajat, termasuklah di beberapa buah masjid tetapi hari ini kami solat di jeti pula bersama keluarga mangsa lain yang terlibat.

"Kepada ALLAH kami memohon pertolongan semoga mempermudahkan segala urusan untuk menemui kaum keluarga kami yang hilang walau apa keadaan sekali pun.

"Itu saja yang mampu kami lakukan dan pihak dalam tempoh 72 jam ini pihak berkuasa telah melakukan sehabis baik mencari kesemua mangsa," katanya ketika ditemui di Jeti Pemasaran Ikan Kemasin di sini hari ini.

Supri Daud
Supri Daud

ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut bot karam dibadai ribut

Korban kelima tragedi bot karam ditemukan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bot yang dinaiki 20 pemancing dan penyandat sotong dari Pasir Mas itu telah dipukul ribut di perairan Kemasin sejauh 10 batu nautika dari Jeti Pemasaran Ikan Kemasin di sini Isnin lalu.

17 mangsa telah ditemui di mana lima daripadanya meninggal dunia.

Bagaimanapun, tiga lagi mangsa lain belum ditemui setakat ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus