Ying Yen kembali ke pangkuan keluarga

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

SEKINCHAN - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 17 Mei lalu, akhirnya pulang ke rumah malam tadi.

Bapanya, Cheah Chio Khiang, 51, berkata, anaknya, Cheah Ying Yen, 19, dihantar polis pulang ke rumahnya di Taman Sekinchan Jaya pada jam 11 malam.

Menurutnya, dia tidak mengetahui punca sebenar Ying Yen melarikan diri bersama seorang rakan anaknya itu di Pulau Ketam, Klang.

"Apa pun saya bersyukur kerana Ying Yen ditemui dalam keadaan selamat dan pulang ke pangkuan keluarga," katanya kepada Sinar Harian.

Chio Khiang berkata, dia berharap anak sulung daripada dua beradik itu dapat menjaga isterinya, Chow Ai Fern, 44, selepas terlantar akibat penyakit strok sejak dua tahun lalu.

Chio Khiang berharap Ying Yen menjaga ibunya yang terlantar akibat penyakit strok.
Chio Khiang berharap Ying Yen menjaga ibunya yang terlantar akibat penyakit strok.

"Keadaan kesihatan isteri saya tidak menentu dan kehilangan Ying Yen amat merisaukannya, malah setiap hari dia menangis kerana terlalu rindukan anaknya.

"Apa yang berlaku ini diharap menjadi pengajaran kepada kami sekeluarga lebih-lebih lagi kami tidak mahu kehilangannya sekali lagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Sinar Harian melaporkan, seorang remaja perempuan dilaporkan hilang ketika berjumpa rakan selepas keluar dari rumahnya di Taman Sekinchan Jaya di sini, 17 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, Ying Yen dilaporkan hilang pada jam 1.30 tengah hari selepas meminta izin daripada bapanya untuk keluar bertemu dengan seorang rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih sebulan Ying Yen hilang