'Keldai akaun' didenda RM3,500

Seorang 'keldai akaun' selepas lelaki berusia 25 tahun itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan membantu menyembunyikan wang berjumlah RM1,990.07 enam tahun lalu.
Seorang 'keldai akaun' selepas lelaki berusia 25 tahun itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan membantu menyembunyikan wang berjumlah RM1,990.07 enam tahun lalu.
A
A
A

JEMPOL - Mahkamah Majistret Bahau hari ini menjatuhkan hukuman denda RM3,500 terhadap seorang 'keldai akaun' selepas lelaki berusia 25 tahun itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan membantu menyembunyikan wang berjumlah RM1,990.07 enam tahun lalu.

Majistret Khir Nizam Jemari turut memerintahkan tertuduh, Ho Hon Meng dipenjara tujuh bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, tertuduh telah menolong menyembunyikan wang sebanyak RM1,990.07 yang dimasukkan seorang wanita berusia 37 tahun ke dalam akaun perbankan sebuah bank yang didaftarkan atas nama tertuduh dengan sebab untuk mempercayai bahawa ia bukanlah hak tertuduh sebagai miliknya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Bahau pada 18 Februari 2014 antara jam 3.57 hingga 3.59 petang.

Tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Salwati Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pengadu pada 18 Februari 2014 telah dihubungi individu yang mengaku Pegawai Ambank bahagian kad kredit mendakwa mangsa mempunyai hutang kad kredit yang serius sebelum disambungkan ke talian lain dari Bank Negara dan mangsa diarah membuat pembayaran menggunakan MEPS berjumlah RM1,990.07 ke akaun Public Bank milik Ho Hon Meng.

Hasil siasatan polis mendapati mangsa telah diperdaya oleh Scammer (Macau Scam) yang menyamar sebagai pegawai bank dan pegawai Bank Negara.

Artikel Berkaitan:

Ho Hon Meng didapati mempunyai dua rekod transaksi kemasukkan wang oleh mangsa yang mana Hon Meng ada pinjamkan kad bank ATM kepada individu tidak dikenali dengan tujuan mendapat komisen.