X

Kindly register in order to view this article
!

Budak lima tahun cedera disyaki didera bapa tiri

Gambar hiasan
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera dipercayai didera bapa tirinya dalam kejadian di Manir di sini Isnin lalu.

Perbuatan suspek yang berusia 33 tahun itu terbongkar selepas nenek mangsa berusia 51 tahun ternampak kesan lebam di belakang badan semasa hendak memandikannya pada jam 8 pagi.

Menurut sumber, wanita itu yakin kecederaan dialami cucunya adalah akibat perbuatan bapa tirinya yang panas baran.

Katanya, malah sebelum ini mangsa ada mengadu sering dipukul setiap kali tinggal di rumah bersama ibu dan bapa tirinya itu.

"Kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku malah wanita tersebut mendakwa sebelum ini memang kerap berlaku sehinggakan cucunya takut untuk tinggal bersama mereka.

"Disebabkan itu juga, kanak-kanak malang itu selalu tinggal di rumahnya yang terletak berhampiran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sumber berkata, tidak sanggup lagi melihat penderitaan ditanggung cucunya, wanita tersebut nekad melaporkan kejadian di Balai Polis Manir di sini.

"Susulan laporan dibuat, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar di hadapan sebuah rumah di Manir di sini jam 6 petang hari sama laporan dibuat untuk siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!