Ketua Geng Halim, 10 ahli didakwa

Halim bersama 10 lagi ahli kumpulannya didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.
Halim bersama 10 lagi ahli kumpulannya didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.
A
A
A

TELUK INTAN - Ketua Geng Halim antara 11 individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu.

Tertuduh, Halim Mohd Nordin, 41, didakwa bersama 10 lagi anggota kumpulan Kamaruzzaman Md Ali, 54; Omer Samsudin, 62; Kee Yeoh Song, 46; Rahim Saring, 51; Ismail Ngah Man, 66, dan lima warga Indonesia termasuk dua wanita iaitu Suriyanto Mukmin, 50; Budi, Yuda, Watiah dan Yuliana.

Kesemua mereka hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa menjadi ahli kumpulan berkenaan di daerah Bagan Datuk antara Januari 2018 hingga 22 Jun 2020.

11 individu didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.
11 individu didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama iaitu penjara tidak lebih 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias dan Low Qin Hui sementara semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pada 22 Jun lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dalam satu kenyataan berkata, kesemua 11 individu berkenaan ditahan dalam beberapa serbuan Op Benteng yang dilaksanakan sejak 4 April lalu kerana terlibat dalam sindiket penyeludupan migran.

Dua wanita warga Indonesia antara 11 didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.
Dua wanita warga Indonesia antara 11 didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Turut ditahan tiga anggota polis yang disyaki membantu sindiket berkenaan, bagaimanapun ketiga-tiga mereka masih ditahan reman sehingga 18 Julai ini bagi melengkapkan siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kumpulan sindiket seludup migran tumpas