X

Kindly register in order to view this article
!

Kantoi jual nombor ekor tanpa lesen

Noorzainy Mohd Noor
A
A

KEPALA BATAS - Tiga lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dengan aktiviti judi loteri awam tanpa lesen dan judi dalam talian di sekitar kawasan Seberang Perai Utara (SPU) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 31 hingga 43 tahun dalam Ops Dadu yang dilakukan bermula jam 3 hingga 6 petang.

Menurutnya, serbuan dibuat hasil risikan yang dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi & Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah SPU sejak beberapa minggu lalu.

"Serbuan pertama di Jalan Raja Uda menahan lelaki berusia 43 tahun. Polis merampas sebuah telefon bimbit, sebuah mesin pencetak mudah alih bersama slip kertas serta wang tunai RM54.

"Ketika serbuan kedua di kawasan Penaga menahan seorang lelaki berusia 37 tahun selain merampas sebuah telefon bimbit, mesin pencetak dan wang tunai RM450," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noorzainy berkata, susulan itu polis menahan lelaki berusia 31 tahun di Sungai Dua dan berjaya merampas peralatan yang sama digunakan dua tangkapan sebelum ini selain wang tunai RM157.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerab SPU untuk siasatan lanjut dan kesemua barang rampasan itu akan dihantar ke pakar judi yang dilantik untuk dianalisis.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau penjara lima tahun.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf