24 mati ditembak sekumpulan lelaki bersenjata

Gambar fail menunjukkan anggota-anggota polis mengambil kedudukan dalam operasi penggeledahan rumah di Tlajomulco de Zuniga, Jalisco, Mexico pada 21 Jun 2019. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan anggota-anggota polis mengambil kedudukan dalam operasi penggeledahan rumah di Tlajomulco de Zuniga, Jalisco, Mexico pada 21 Jun 2019. - Foto AFP
A
A
A

BANDAR RAYA MEXICO - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah pusat pemulihan dadah dan membunuh 24 orang manakala tujuh lagi cedera.

Pihak berkuasa berkata, kejadian yang berlaku semalam itu turut mengakibatkan tujuh yang lain cedera.

Berdasarkan maklumat awal, penyerang menyerbu pusat itu dan dan menembak mereka, kata Setiausaha Keselamatan Awam, Pedro Cortes di bandar Irapuato.

"Kami mendapat maklumat, bahawa suspek tiba dengan sebuah kenderaan merah tetapi tiada maklumat lanjut mengenainya. Bagaimanapun pihak berkuasa sedang mengesan kenderaan itu," kata Cortes.

Irapuato terletak di barat laut bandar raya Mexico di Guanajuato iaitu sebuah negeri yang terlibat dengan jenayah terancang dan keganasan selain menempatkan industri dan kilang pengeluaran kereta.

Suasana di bandar itu juga mengakibatkan kumpulan pengedaran dadah berpengaruh seperti Generasi Baru Jalisco dan Santa Rosa de Lima yang turut terlibat dalam pemerasan, penculikan dan kecurian minyak. - AFP

Artikel Berkaitan: