Syarikat telco perlu tangani sindiket malware

Gambar kecil: Mohd Yusof
Gambar kecil: Mohd Yusof
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat telekomunikasi atau telco diminta mengambil langkah segera menangani sindiket malware atau kod hasad menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan memberi panduan berkaitan kepada pengguna masing-masing supaya tidak menjadi mangsa.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pengguna mengalami kerugian apabila tidak menyedari kegiatan malware itu ‘menyedut’ kredit telefon atau mengenakan caj tertentu di dalam bil prabayar.

Menurutnya, kod hasad biasanya wujud apabila penggunaan aplikasi dan laman sesawang tertentu yang mempunyai iklan di dalam telefon bimbit.

“Sepatutnya pihak telco peka terhadap perkara ini dan memulangkan semula jumlah kredit yang disedut malware.

Maamor Osman
Maamor Osman

“Kegiatan ini tidak disedari pengguna. Pihak telco pasti mengetahui mana-mana aplikasi atau pautan laman sesawang yang berisiko ada malware berdasarkan aduan pengguna.

“Maka pihak telco perlu sentiasa memberi amaran atau panduan kepada pengguna bagi mengelakkan pengguna kehilangan kredit atau tambahan caj prabayar,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertanggungjawab dalam perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

“SKMM mesti ada kumpulan pakar yang memantau kegiatan ini.

“Pihak telco pula hendaklah ada insurans untuk membayar ganti rugi pengguna dan pada masa sama, pengguna kena teliti dan buat aduan segera,” kata beliau.