X

Kindly register in order to view this article
!

Bot terbalik: Operasi SAR diperluas lebih 400 batu nautika

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan memperluaskan lagi operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam yang masih hilang. - Foto Bernama
A
A

KOTA BHARU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa hilang dalam tragedi bot terbalik dan karam di perairan Bachok yang memasuki hari keempat hari ini akan diperluaskan lagi kepada lebih 400 batu nautika persegi dari tempat kejadian.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, dalam operasi semalam, operasi pencarian seluas 351.6 batu nautika persegi masih gagal mencari tiga mangsa itu iaitu Arman Ismail, 43, Harun Daud, 57, dan Che Wadi Bakar, 40-an.

"Hari ini operasi SAR telah bermula pada jam 7 pagi dengan membabitkan 81 pegawai dan anggota pelbagai agensi.

"Ia juga termasuk bantuan para nelayan tempatan dan juga pihak berkuasa Thailand," katanya ketika dihubungi.

Dalam operasi SAR semalam, pasukan pencarian masih gagal mendapat petunjuk lokasi ketiga-tiga mangsa itu walaupun menemui pelbagai tong dan kayu dipercayai milik bot yang terbalik itu.

Setakat ini, lima mangsa yang meninggal dunia telah ditemukan sejak operasi SAR dilancarkan iaitu Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an dan Ahmad Syafiq Che Alim, 30.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, 12 daripada 20 mangsa terselamat dalam kejadian tersebut dengan kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 60 tahun. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Kelantan guna helikopter kesan bot karam

Tiga mangsa bot karam dipercayai dihanyut arus


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf