X

Kindly register in order to view this article
!

Liverpool tak boros sambar bintang dunia

Jadon Sancho
A
A

LIVERPOOL dijangka tidak akan berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas nanti ekoran pandemik Covid-19 yang jelas memberi impak kepada industri bola sepak di seluruh dunia.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp memberitahu bahawa Liverpool akan 'lebih senyap' pada musim perpindahan akan datang sekalipun dikaitkan dengan beberapa pemain berstatus bintang.

"Ia tentang bagaimana pengaruh krisis koronavirus akan memainkan peranan dalam kewangan hidup kita. Ia bukan hanya bola sepak, kita semua akan rasa kesannya tidak lama lagi.

"Tiada siapa tahu betapa besar sebenarnya kesan itu. Diharapkan ia akan berakhir tidak lama lagi tetapi kami tidak sepatutnya bersikap sambil lewa dengan menganggap semuanya akan baik-baik sahaja.

"Kami tidak boleh membelanjakan berjuta-juta pound kerana Covid-19 telah memberikan kesan dari luar dan dalam. Ia mungkin bukan lagi musim panas yang sibuk di dunia," katanya.

Liverpool yang baru sahaja mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sedang hangat dikaitkan dengan beberapa nama seperti bintang muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho, Kai Haverts (Bayer Leverkusen) dan Thiago Alcantara (Bayern Munich).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!