X

Kindly register in order to view this article
!

Segerakan penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak

Terdapat pelbagai pilihan CRS di pasaran untuk memenuhi keperluan ibu bapa. Gambar kecil: Siti Zaharah
A
A

[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Dr Siti Zaharah Ishak berharap kerajaan dapat melaksanakan penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk kenderaan persendirian dengan segera.

Siti Zaharah yang juga pakar keselamatan jalan raya daripada Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menegaskan, penguatkuasaan perlu dilakukan memandangkan tempoh enam bulan pelaksanaannya telah berakhir kelmarin.

“Kalau tanya saya sebagai bekas ketua pengarah yang mempromosi dan membawa kepada menteri terdahulu, sudah tentu saya harap perkara ini dapat diteruskan seperti yang dirancang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tidak jadi laksana saman, kompaun CRS hari ini

“Sebab perancangan Miros adalah untuk mewajibkan pemakaiannya tetapi pendekatan kementerian pada ketika itu mahu penguatkuasaan yang lembut dalam tempoh enam bulan bermula 1 Januari lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Zaharah sebelum ini merupakan individu yang mengetuai Miros dengan membawa cadangan pelaksanaan penggunaan CRS kepada Menteri Pengangkutan pada masa itu, Anthony Loke Siew Fook.

Peraturan mewajibkan pemakaian CRS bermula sejak 1 Januari lalu dan tindakan saman akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar selepas tamat tempoh enam bulan pertama.

Dalam perkembangan sama, beliau menambah Miros pada ketika ini sudah memainkan peranan yang sewajarnya dan membantu agensi lain seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya dalam usaha mendidik serta memberi pemahaman kepada pengguna betapa pentingnya pemakaian CRS.

“Memang hasrat saya mahu kerajaan terus dapat mempertimbangkan dan mempercepatkan penguatkuasaan.

“Miros perlukan petunjuk yang jelas daripada kerajaan sekarang,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!