Pelangi merah muncul di langit Birmingham

Pelangi warna merah yang dirakam pada 13 Jun lalu.
Pelangi warna merah yang dirakam pada 13 Jun lalu.
A
A
A

BIRMINGHAM - Kemunculan pelangi berwarna merah di Birmingham, England pada waktu senja sehingga menyebabkan penduduk di bandar raya ini berasa terpukau, lapor portal berita MailOnline pada 26 Jun lalu.

Satu rakaman video yang dilakukan oleh Abigail Daisy Parkes dari Birmingham menunjukkan permulaan pelangi tersebut sebelum ia membesar dan kelihatan seperti sebuah kubah.

Warna merah kelihatan pada jaluran tersebut tidak seperti pelangi biasa yang mempunyai banyak jalur pelbagai warna.

Gambar tersebut dirakamkan pada 13 Jun lalu dan menunjukkan Parkes teruja dan seolah-olah seperti tidak percaya dengan pelangi tersebut.

"Ini adalah mengagumkan. Oh Tuhan, saya tidak pernah menyaksikan seperti ini," katanya dan terdengar perkataan 'wow' dalam video berdurasi selama empat minit itu.

Kebiasaannya, pelangi mempunyai warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Ia dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara.

Namun, pelangi berwarna merah terbentuk apabila kedudukan menyerong pada matahari pada waktu senja.

Artikel Berkaitan:

Keadaan itu menyebabkan gelombang cahaya menjadi pendek seperti warna hijau, biru indigo dan ungu berselerak sekali gus meninggalkan hanya warna merah.

Video Parkes turut dikongsi di YouTube untuk penonton menyuarakan perasaan kagum terhadap alam.

"Ini (pelangi) mengagumkan dan seperti sebuah dunia lain," kata seorang pengguna YouTube.

Seorang penduduk berkata: "Saya berasal dari Birmingham juga dan saya tinggal di tingkat sembilan ke atas sebuah

blok bangunan dan saya melihatnya (pelangi) dengan jelas. Ia sungguh mempesonakan. Ia mengagumkan dan tidak pernah melihatnya sebelum ini."

"Wow, ia betul-betul cantik!" kata seorang pengguna YouTube. - Agensi