Nadiya Nisaa timang anak perempuan

Instagram Nadiya Nisaa
A
A

PELAKON Nadiya Nisaa menerusi laman Instagramnya hari ini berkongsi tentang kelahiran cahaya mata ketiganya, yang juga seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan terkenal di ibu kota, pada 1 Januari lalu.

Selepas 22 hari kelahiran, heroin filem Love Supermoon ini turut mengumumkan nama yang diberikan kepada anaknya, Aminah Rose.

“Terima kasih dan rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama di sisi menanti kelahiran. Tak putus-putus doa serta zikir untuk dipermudahkan segala urusan. You guys know how much I love you & cherish you.

“Apresiasi saya juga buat Doktor Asmah Yun dan staf serta nurse di Hospital Pusrawi kerana menjaga saya dan bayi sebaiknya. Semoga tugas murni kalian sentiasa mendapat berkah daripada ALLAH SWT,” tulisnya sebagai kapsyen sekeping gambarnya bersama bayinya.

Dalam masa yang sama, Nadiya juga meluahkanrasa penghargaannya kepada suaminya, Saiful Razman.

“Buat suami tercinta, terima kasih yang tak terhingga atas kesabaran dan kasih yang tanpa batas. Saya beruntung sekali.

“Please spend more time dengan Omar. Dia tengah jealous dalam diam tu saya asyik dengan baby baru je. Pantang mode still ON. Doakan semoga saya recovery dengan jayanya,” ujar Nadiya.

Nadiya dan suami yang juga seorang pelukis dikurniakan seorang anak lelaki, Omar, 7. Sementara anak kedua pasangan ini meninggal dunia ketika dalam kandungan.