FAM sambut baik cadangan KBS

Hamidin Mohd Amin. - Foto Bernama
Hamidin Mohd Amin. - Foto Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik usaha Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk membawa cadangan kebenaran latihan penuh secara berkontak penuh ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP minggu depan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perkhabaran gembira itu sudah pasti dinanti-nantikan oleh seluruh pemegang taruh Liga-M yang begitu merindukan bola sepak selepas ia terhenti lebih tiga bulan lalu sejak pelaksanaan PKP mulai 18 Mac lalu ekoran wabak Covid-19.

“Kami di pihak FAM ingin berterima kasih kepada Datuk Seri Reezal Merican yang sentiasa prihatin dan mengambil berat mengenai industri bola sepak yang terpaksa dihentikan kerana Covid-19 sebelum ini yang mana pertemuan demi pertemuan telah diadakan sepanjang tempoh PKP bagi memastikan pada akhirnya, bola sepak dapat dimulakan kembali.

“Bagi pihak FAM dan seluruh warga bola sepak di Malaysia, marilah kita sama-sama berdoa dan berharap agar pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta ahli-ahli Mesyuarat Khas Menteri-Menteri tersebut bersetuju untuk memberikan kebenaran latihan secara kontak penuh bagi pasukan bola sepak dalam masa terdekat,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN - Saingan Liga-M dijangka bersambung lebih awal

Tambah Hamidin, cadangan itu secara tidak langsung memberikan harapan untuk kemungkinan saingan Liga Super dan Liga Premier dapat disambung semula dengan lebih awal.

"Sudah pasti cadangan ini satu berita gembira yang begitu dinanti-nantikan khususnya oleh seluruh pemegang taruh bola sepak di negara ini yang begitu merindukan bola sepak selepas ia terhenti lebih tiga bulan lalu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac berikutan pandemik Covid-19.

"Selain itu, kebenaran untuk latihan secara kontak penuh ini juga akan membantu persiapan skuad B-19 kebangsaan kendalian Brad Maloney bag mengharungi Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan Oktober depan," katanya.

Untuk rekod, mulai 15 Jun lalu telah memberikan kelonggaran untuk aktiviti-aktiviti sukan diadakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bagaimanapun, kesemua aktiviti sukan berkenaan masih tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP), selain tidak melibatkan latihan kontak dan menjaga penjarakkan sosial.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Hamidin berharap agar KBS itu mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sempena mesyuarat berkenaan.

"Sebelum ini beberapa pertemuan telah diadakan sepanjang tempoh PKP bagi memastikan pada akhirnya, bola sepak dapat dimulakan kembali.

"Kini sama-samalah kita berdoa agar kebenaran latihan secara kontak penuh bagi pasukan bola sepak dalam masa terdekat ini mendapat persetujuan dan kebenaran pada mesyuarat berkenaan," katanya.