Fasha Sandha, Aidil nikah akhir Mac

Fasha Sandha dan Aidil
Fasha Sandha dan Aidil
A
A
A

PELAKON cantik, Fasha Sandha memberitahu dia dan tunangnya yang juga merupakan seorang pelakon, Aidil Aziz, akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada akhir Mac depan.

"Kami merancang untuk melangsungkan majlis nikah sekitar penghujung Mac depan.

"Majlis nikah akan diadakan di Perlis atas permintaan mak, manakala majlis bersanding sebelah pihak lelaki pula diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

"Kami tak berahsia...insya-ALLAH saya akan kongsikan butiran lanjut dan turut menjemput rakan media dan rakan industri hadir sama," ujarnya ketika ditemui dilokasi penggambaran Patah Sayap Bertongkat Paruh di Kapar, Klang, semalam.

Sungguhpun begitu, Fasha,35, mengakui dia belum membuat sebarang persiapan untuk majlis raja sehari yang bakal menjelang tiba dua bulan lagi.

No Image Caption

"Mungkin juga ini antara satu ujian sebelum nak ke jenjang pelamin, macam sekarang ini saya masih lagi terikat dengan beberapa projek lakonan selain drama Patah Sayap Bertongkat Paruh ini.

"Sejujurnya saya belum ada sebarang persiapan, macam Aidil dia sudah pun buat beberapa persiapan seperti beli kain untuk keluarganya.

Artikel Berkaitan:

"Buat masa sekarang ini, saya mahu selesaikan dahulu urusan kerja kemudian fokus soal majlis kahwin," jelasnya berdebar.

Terdahulu, Fasha dan Aidil, 32, mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia lima tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Mengenai drama bersiri 14 episod selaku watak utama arahan pengarah Along Kamaludin, Fasha yang membawakan watak berat menerusi naskhah tersebut menganggap sebagai rezeki anak-anak.

"Watak yang saya bawa ini berat tapi tak adalah menangis sangat, cuma saya akui karakternya mencabar saya.

"Dalam karya ini saya digandingkan dengan Datuk Aaron Azizi dan Zarul Husin, alhamdulillah kedua mereka memberikan kerjasama dengan baik dan kami banyak berbincang untuk menghidupkan watak masing-masing.

"Sementelah itu, saya nak ucapkan terima kasihlah kepada Zeel Production Sdn Bhd kerana memberikan saya watak utama ini, mungkin rezeki anak-anak," katanya.

Antara barisan pelakon lain terdiri daripada Amelina, Elly Mazlein, Jalil Hamid, Lydiawati, Ika Nabella dan ramai lagi.