Empat cedera bot rempuh ikan paus

Sebuah bot membawa pelancong yang mendekati seekor ikan paus humpback dekat Juneau, Alaska. - Foto NOAA
Sebuah bot membawa pelancong yang mendekati seekor ikan paus humpback dekat Juneau, Alaska. - Foto NOAA
A
A
A

ANCHORAGE, Alaska - Beberapa ahli sebuah keluarga yang melancong di Teluk Bay di sini terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera serius apabila bot yang mereka naiki berlanggar dengan seekor ikan paus, lapor agensi berita KTUU pada 29 Jun lalu.

Ketika kejadian, bot yang dinaiki oleh keluarga tersebut berada di barat Pulau Coghlan sebelum berlanggar dengan ikan paus humpback pada Sabtu lalu.

Menurut portal berita CNN, empat orang daripada sebuah keluarga itu menaiki sebuat bot dengan kelajuan antara 32 kilometer sejam hingga 40 kilometer sejam apabila ikan paus itu muncul dengan tiba-tiba dari tengah laut, kata Timbalan Ketua Bomba Bandar Capital, Travis Mead.

Pasukan Pengawal Amerika Syarikat (AS) berkata, keluarga berkenaan kembali ke pantai dan pergi ke Hospital Wilayah Bartlett di Juneau bagi merawat kecederaan.

Pihak Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) berkata, tiada laporan tentang kecederaan pada ikan paus itu.

Namun, NOAA berkata, orang ramai diminta menghubunginya untuk melaporkan tentang kematian atau haiwan tersebut cedera disebabkan kejadian terbabit.

Pada kebiasaannya, ikan paus humback kerap berada di Alaska Selatan terutama pada musim panas.

Menurut NOAA, kejadian bot yang berlanggar dengan haiwan itu kerap berlaku.

Artikel Berkaitan:

Menurut peraturan persekutuan, orang ramai dilarang mendekati ikan paus dalam jarak 91 meter, kata NOAA.

Ikan paus betina humpback biasanya mempunyai berat 35 tan. - Agensi