'Biarlah ada kubur untuk kami ziarah'

Sufri (tengah) menceritakan keadaan terkini ahli keluarganya yang masih setia menunggu penemuan Harun.
Sufri (tengah) menceritakan keadaan terkini ahli keluarganya yang masih setia menunggu penemuan Harun.
A
A
A

BACHOK - Keluarga kepada tiga mangsa bot terbalik di perairan Kemasin malam kelmarin masih mengharapkan keajaiban berlaku meskipun peluang untuk kesemua mangsa yang hilang ditemui masih hidup amat tipis.

Namun begitu, naluri seorang abang, Sufri Daud,60, tetap tidak pernah berubah dan mendoakan agar adiknya, Harun,57, salah seorang daripada tiga yang masih belum ditemui dapat dijumpai dengan selamat.

Sufri berkata, ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak adiknya menyedari kekangan keluasan kawasan pencarian dan juga kesungguhan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan operasi sepanjang hari.

“Kita sudah reda dengan kejadian ini apatah lagi apabila dapat tahu hari ini yang tiada seorang pun ditemui di dalam bot ditarik ke muara.

“Kami tahu amat mustahil untuk temui dia dalam keadaan masih bernyawa, kalau ‘sudah tiada’ sekali pun biarlah kami boleh tengok tubuh badannya, boleh letak batu nisannya,” katanya ditemui di Jeti Pemasaran Ikan Kuala Kemasin di sini.

Sehingga petang tadi, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kelantan, Kepten Muhammad Nur Syam Asmawie Yaacob mengesahkan tiga mangsa yang hilang tidak berada di dalam bot yang ditunda selepas dua kali selaman dijalankan.

Artikel Berkaitan: