Kedah lancar KIDA fasa dua

Muhammad Sanusi ketika melancarkan Program KIDA Fasa Kedua di Dewan Seri Serdang, Bandar Baharu semalam.
Muhammad Sanusi ketika melancarkan Program KIDA Fasa Kedua di Dewan Seri Serdang, Bandar Baharu semalam.
A
A
A

KULIM - Seramai 4,547 wanita terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah disenaraikan sebagai penerima Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) fasa dua, hari ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, fasa dua program membabitkan tempoh selama enam bulan bermula hari ini hingga 31 Disember depan.

Menurutnya, penyerahan kad KIDA fasa dua dilaksanakan selama 14 hari bermula di daerah Bandar Baharu sebelum diikuti daerah lain di seluruh negeri ini.

"KIDA dilancarkan bagi mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup isi rumah melalui bantuan pembelian barangan keperluan asas bernilai RM250 sebulan dan bantuan rawatan kesihatan bernilai RM500 setahun," katanya selepas melancarkan Program KIDA Fasa Kedua di Dewan Seri Serdang, Bandar Baharu di sini semalam.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyerahkan kad KIDA kepada 45 penerima dari daerah Bandar Baharu.

Sebelum ini, kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) melaksanakan program KIDA fasa satu pada Mei 2019 membabitkan 4,281 penerima dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Sementara itu, katanya, Jambatan Taman Serdang yang sedang dalam pembinaan semula dengan kos RM2.7 juta ditangguhkan selama 84 hari akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dijangka siap pada Jun 2021.

Katanya, proses audit forensik akan dijalankan bagi menyiasat kerosakan struktur bangunan Masjid Sultan Muhammad Al-Fateh di Serdang.

Artikel Berkaitan:

"Masalah ini menimbulkan kebimbangan anak kariah selepas kerosakan struktur dikesan sejak 2015," katanya.

Terdahulu, kejadian runtuhan pada September 2018 itu berlaku di kawasan terlibat sehingga mengorbankan dua remaja, Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor dan Mohamad Haziq Ishak, 17, akibat tertimbus.