MOA garis lima hala tuju

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggariskan lima hala tuju bermula tahun ini (2019) yang memberi penumpuan kepada tiga dimensi agromakanan iaitu keselamatan makanan negara; pembangunan ekonomi luar bandar; serta pelaburan swasta dan perdagangan.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub dalam amanat 2019 di kementeriannya di sini, hari ini berkata, penumpuan terhadap tiga dimensi itu menjurus kepada usaha untuk melihat dan memahami semula cabaran serta permasalahan struktur yang menghalang pencapaian kejayaan agromakanan yang lebih tepat dan mapan.

Beliau berkata, penumpuan dasar yang terlalu menekankan tahap Kadar Sara Diri (SSL) telah menyebabkan pemikiran, pendekatan dan dasar agromakanan negara lebih bersifat berpaksikan pengeluaran berbanding didorong pasaran.

"Dalam usaha untuk mencapai tahap SSL yang lebih tinggi, kita telah gagal memantau dan mengurus kos input pertanian dengan baik.

"Akibatnya, kejayaan mencapai tahap SSL yang tinggi tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk kejayaan meningkatkan pendapatan petani, nelayan dan penternak kita dan juga menetapkan harga yang lebih rendah untuk pengguna,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: