X

Kindly register in order to view this article
!

Pembantu peribadi anak pengasas kosmetik didakwa lakukan khianat

A
A

KUALA LUMPUR - Pembantu peribadi seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling telefon bimbit ke lantai sehingga pecah, milik isteri kepada bapa tiri majikannya itu.

Mohamad Alif Fahmi Haron, 27, sebagai pembantu peribadi kepada Mohamed Aqbar Hakim Jasman, 20, iaitu anak lelaki kepada pengasas kosmetik Dnars Skincare mengaku tidak bersalah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ke atas telefon jenis iPhone 11 Pro Max milik Nurulain Syahirah Mat Hasmuni, 27, yang juga isteri kepada ayah tiri majikannya menyebabkan kerugian RM6,800 di ‘valet parking’ sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang pada 4.15 petang, 23 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar meminta tertuduh diberikan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Nor Izzat Nordin memohon jaminan rendah kerana jaminan yang tinggi akan membebankan anak guamnya selain tertuduh juga direman sehari.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Ogos untuk sebutan kes.

Terdahulu, anak lelaki pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad didakwa atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bapa tirinya menerusi pesanan ringkas WhatsApp pada 15 Jun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohamed Akhbar Hakim Jasman, 20, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Mageswari.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki pengasas Dnars didakwa ugut bapa tiri


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf