X

Kindly register in order to view this article
!

Operasi pasar malam diketahui esok: Mohd Amar

Mohd Amar ketika ditemui media.
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Keputusan pembukaan semula operasi pasar malam di negeri ini akan diketahui esok selepas perbincangan lebih teliti melibatkan Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara tersebut sudah dibincangkan pada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini.

"Kita bukan tidak boleh laksanakan, cuma prosedur operasi standard (SOP) ketat dan kita berdepan masalah itu

"Maka isu inilah yang akan kita bincangkan selebihnya bagaimana langkah pelaksanaan yang akan dilakukan. Insya-ALLAH kita bincang esok," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di JKR10 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar juga memaklumkan kemungkinan waktu operasi premis juga akan dilanjutkan namun bergantung kepada perbincangan dan keputusan melalui mesyuarat MKN peringkat negeri esok.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!