Gol Fernandes persis jaringan Ronaldo

Fernandes (kanan) ketika meledak jaringan ketiga The Red Devils ketika bertandang menentang Brighton di Stadium Amex. - Foto talksport.com
Fernandes (kanan) ketika meledak jaringan ketiga The Red Devils ketika bertandang menentang Brighton di Stadium Amex. - Foto talksport.com
A
A
A

BEKAS tonggak pertahanan Manchester United, Gary Neville menyifatkan jaringan Bruno Fernandes untuk gol ketiga ketika aksi menentang Brighton hampir menyamai jaringan Cristiano Ronaldo semasa separuh akhir Liga Juara-Juara 2009 ketika berdepan Arsenal di Stadium Emirates.

Neville berkata, gol yang disempurnakan bintang Portugal itu turut melibatkan gerakan cantik daripada Park Ji-sung dan Wayne Rooney.

Malah, Neville turut memberikan kredit kepada seorang lagi bintang Portugal, Nani dalam gerakan menghasilkan gol berkenaan sekali gus menyaksikan kemenangan 3-1 The Red Devils itu.

“Gol daripada serangan balas itu sebenarnya melibatkan Ronaldo, Wayne Rooney dan Nani. Kali ini ia seakan berulang menerusi tandukan Harry Maguire yang cukup hebat.

“Selain itu kepantasan larian Marcus Rashford berjaya menarik pertahanan Brighton, Dan Burn hingga meninggalkan Fernandes.

“Bagi saya ia satu gerakan yang cukup baik. Bermula daripada Greenwood dan kesemuanya nampak sempurna. Gol yang menakjubkan,” katanya.

Gol ketiga United itu dimulai dengan larian Nemanja Matic sebelum melorongkan bola kepada Mason Greenwood membuat yang kemudiannya melakukan hantaran lintang kepada Fernandes bagi meledak gol ketiga yang juga gol kemenangan pasukan.

Sementara itu, Neville berkata, kesebelasan United semakin mantap dengan kehadiran pemain-pemain berwibawa di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer ketika menewaskan Brighton 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex.

Artikel Berkaitan:

“Solskjaer berjaya membentuk skuad yang mantap dengan corak permainan lebih matang berbanding skuad sebelum ini.

“Mereka kini memiliki pemain-pemain muda yang berbakat dan kini mereka perlu menjalankan tugas sebaiknya bagi membawa masuk pemain menjelang jendela perpindahan kelak,” katanya.