X

Kindly register in order to view this article
!

Musim depan milik Manchester City

City diyakini mampu kembali menguasai saingan EPL musim depan.
A
A

MANCHESTER City diyakini akan kembali menguasai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas kecewa gagal mempertahankan trofi tersebut musim ini.

Bekas pemain tengah City, Stephen Ireland percaya The Citizen sedang dalam proses membentuk kembali pasukan tahun ini dalam usaha untuk kembali bangkit mencipta impak dalam saingan EPL.

"Bagi saya, Manchester City pada ketika ini adalah tahun untuk mereka membina pasukan yang lebih hebat. Pemain tengah mereka, David Silva juga telah mengumumkan untuk tidak lagi bersama City selain mereka juga telah kehilangan Vincent Kompany pada awal musim.

"Saya yakin City sedang mencari pengganti untuk beberapa posisi yang kritikal dan jendela perpindahan musim panas nanti mereka akan berbelanja besar.

"Jurang antara Liverpool musim ini agak besar dan City menghadapai kesukaran untuk menyaingi jurang tersebut.

"Tetapi, untuk musim depan, saya tidak nampak jurang ini akan berlaku lagi sebab Guardiola sudah tentu tidak akan memberikan peluang ia berlaku lagi," katanya.

City yang meraih kejuaraan EPL dua musim berturut-turut pada 2017/18 dan 2018/19 gagal mempertahankan kejuaraan tersebut yang dimenangi Liverpool musim ini.

Bagaimanapun, Ireland mengakui City akan menghadapi kesukaran sekiranya gagal dalam rayuan hukuman pergantungan dua tahun daripada menyertai kejohanan Eropah oleh UEFA selepas kelab gergasi Inggeris itu didapati bersalah melanggar peraturan fair play kewangan.

"Banyak perancangan perlu difikirkan City kerana sudah tentu pemain bintang tidak akan bermain bersama kelab itu sekiranya gagal bermain di Eropah.

"Kontrak Guardiola juga akan tamat musim depan dan City perlu menawarkan kontrak baharu kepadanya untuk terus membimbing pasukan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!