Tengku Ampuan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dimasyhur 29 Januari ini

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
A
A
A

PEKAN - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan dilantik dan dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang, pada istiadat khas yang akan diadakan di Istana Abu Bakar di sini, 29 Januari ini.

Ia selepas mendapat perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan melantik putera sulungnya, Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebagai Tengku Mahkota Pahang.

Al-Sultan Abdullah pada sidang media selepas mempengerusikan Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sini, hari ini.
Al-Sultan Abdullah pada sidang media selepas mempengerusikan Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sini, hari ini.

“Hari ini saya memaklumkan kepada Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang mengenai persetujuan melantik Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Tengku Ampuan Pahang.

“Saya juga memaklumkan persetujuan untuk saya melantik putera sulung saya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebagai Tengku Mahkota Pahang.

“Tengku Hassanal akan kembali ke tanah air pada 28 Januari ini untuk mengikut istiadat pemasyhuran dan kemudian akan kembali menyambung pengajiannya semula di Akademi Ketenteraan Diraja di Sandhurst, United Kingdom (UK),” titahnya.

Artikel Berkaitan:

Baginda bertitah demikian kepada media selepas mempengerusikan Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sini, hari ini.

raja pahang
raja pahang