Penjawat awam Melaka terima bantuan khas Aidiladha RM500

Sulaiman (kiri) pada Majlis Amanat Ketua Menteri Melaka bersama pegawai kanan di MITC hari ini.
Sulaiman (kiri) pada Majlis Amanat Ketua Menteri Melaka bersama pegawai kanan di MITC hari ini.
A
A
A

MELAKA - Seramai 7,553 penjawat awam negeri ini akan menikmati bantuan khas sebanyak RM500 sempena perayaan Aidiladha.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, bantuan khas tersebut bagi menghargai jasa penjawat awam khususnya kumpulan barisan hadapan yang berkorban dalam menghadapi cabaran pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, pemberian khas ini juga adalah bagi mengiktiraf sumbangan penjawat awam negeri itu dalam melaksanakan dasar kerajaan khususnya memudahkan urusan rakyat Melaka sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

"Bagi menghargai jasa dan penat lelah penjawat awam khususnya petugas barisan hadapan, saya mengumumkan bantuan khas kepada semua penjawat awam Melaka berjumlah RM500.

"Bantuan ini akan dibayar pada akhir bulan Julai sebagai persediaan menyambut hari raya korban nanti," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Ketua Menteri 'Melakaku Maju Jaya' bersama 200 pegawai kanan kerajaan, ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Sulaiman turut melancarkan slogan baharu negeri Melaka iaitu, 'Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia'.

Artikel Berkaitan: