Polis tumpaskan Gang Satay

Shafa'aton (tengah) bersama rangka motosikal curi yang berjaya ditemui semula selepas dibuang ke dalam Tasik Biru, Kundang.
Shafa'aton (tengah) bersama rangka motosikal curi yang berjaya ditemui semula selepas dibuang ke dalam Tasik Biru, Kundang.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis Sungai Buloh berjaya menyelesaikan 20 kes kehilangan motosikal selepas tertangkapnya enam individu berusia 22 hingga 49 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, modus operandi kumpulan yang dikenali sebagai Geng Satay itu ialah mencuri motosikal untuk mendapatkan bahagian motosikal yang boleh dijual sebagai alat ganti.

"Mereka kemudiannya membuang rangka motosikal ke dalam tasik bagi menghapuskan bukti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 13 rangka pelbagai jenis motor antaranya Yamaha RXZ dan Honda EX5 yang dibuang di dalam Tasik Biru, Kundang dekat sini ditemui semula.

"Mereka juga merupakan sebahagian ahli kumpulan Haniffa yang pernah ditangkap pada Mac lalu," katanya

Shafa'ton berkata, siasatan mendapati kumpulan itu turut aktif mengedar dadah selepas polis merampas syabu dan heroin masing-masing seberat 12.45 gram (g) dan 44.25g ketika serbuan di sebuah rumah di Kampung Melayu Sri Kundang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 kanun keseksaan kerana mencuri Seksyen 39 (B) Akta dadah merbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: