19 maut letupan di klinik Iran

Inilah Klinik Sina At'har yang terbakar di utara Tehran pada Selasa lalu. - Foto AFP
Inilah Klinik Sina At'har yang terbakar di utara Tehran pada Selasa lalu. - Foto AFP
A
A
A

TEHRAN - Satu letupan kuat berlaku di sebuah klinik di utara Tehran yang menyebabkan 19 orang terbunuh pada Selasa lalu, lapor agensi berita Iran, ISNA.

Letupan itu berlaku di pusat kesihatan Sina At'har yang menyebabkan kemusnahan pada bangunan dengan kepulan asap hitam menjulang ke langit, lapor sebuah stesen televisyen.

"Satu letupan kuat dilaporkan berlaku pada pukul 20.56 malam (8.56 malam) diikuti dengan kebakaran di klinik Sina At'har. Unit perubatan dihantar dengan segera," kata perkhidmatan kecemasan Tehran dalam satu kenyataan.

Stesen televisyen itu memberitahu, seramai 15 orang yang terkorban itu adalah wanita.

Dalam satu wawancara dengan televisyen kerajaan, jurucakap Jabatan Bomba Tehran, Jalal Maleki berkata, letupan adalah disebabkan oleh kanister gas terbakar di tingkat bawah tanah.

"Sebahagian mangsa (yang terkorban) berada di tingkat atas bilik pembedahan sama ada mereka adalah pesakit yang sedang dibedah atau mereka (keluarga atau rakan) yang berada bersama mereka (pesakit)," kata Jalal.

"Mangsa terkorban akibat suhu panas dan asap tebal," tambahnya. - AFP

Artikel Berkaitan: