Yusran Shah dilantik KSU KPM

Yusran Shah Mohd Yusof
Yusran Shah Mohd Yusof
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan (KPM) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Mohd Zuki Ali dalam kenyataannya berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Dr Mohd Gazali Abas yang bersara wajib.

"Semoga dengan pelantikan ini, beliau akan melaksanakan tanggungjawab sebaiknya bagi memastikan sistem pendidikan berkualiti serta membangun potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara dapat dilestarikan," katanya.

Menurutnya, Yusran Shah, 51, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi Universiti Antarabangsa Jepun.

"Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dengan jawatan pertama sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri pada 25 Januari 1995.

"Selain itu, beliau juga berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, pembangunan sumber manusia dan keselamatan di Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zuki berkata, kerajaan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Ghazali.

"Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas jasa serta khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 34 tahun," katanya.

Artikel Berkaitan: