Kes denggi di Negeri Sembilan meningkat

Sebanyak 30 lokaliti wabak masih aktif, di mana kesemua lokaliti wabak itu adalah di daerah Seremban. - Foto 123RF (Gambar kecil: S Veerapan)
Sebanyak 30 lokaliti wabak masih aktif, di mana kesemua lokaliti wabak itu adalah di daerah Seremban. - Foto 123RF (Gambar kecil: S Veerapan)
A
A
A

SEREMBAN - Kes demam denggi di Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus, dengan enam kematian bagi tempoh Januari hingga 27 Jun lepas.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar, S Veerapan berkata, bilangan kes denggi yang didaftarkan pada minggu ke-26 iaitu bermula 21 hingga 27 Jun lalu adalah sebanyak 82 kes, menjadikan kumulatif kes sebanyak 1,498 berbanding 1,228 kes pada 2019.

"Taburan kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah sebanyak 1,263 kes di daerah Seremban, 56 kes di daerah Rembau, Port Dickson (55), Jempol dan Tampin masing-masing 43 kes, manakala 19 kes bagi daerah Kuala Pilah dan Jelebu

"Manakala kumulatif kematian denggi adalah sebanyak enam kes," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sebanyak 30 lokaliti wabak yang masih aktif, di mana kesemua lokaliti wabak itu adalah di daerah Seremban.

Katanya, aktiviti pencegahan dan kawalan akan diteruskan walaupun di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang bermula pada 10 Jun sehingga 31 Ogos ini dengan menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan aedes di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan dan promosi kesihatan.

"Masyarakat digalakkan untuk melakukan pembersihan kawasan premis masing-masing sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu, dengan menghapuskan tempat atau bekas yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk aedes sekali gus dapat mengekang penularan demam denggi," katanya.

Artikel Berkaitan: