Budak 6 tahun jual lukisan, bantu kumpul dana Covid-19 di India

Lukisan Kavir turut mendapat perhatian pembeli dari luar negara.
Lukisan Kavir turut mendapat perhatian pembeli dari luar negara.
A
A
A

NEW DELHI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menyumbang dana berjumlah 54,000 rupee (RM3,060) bagi memerangi wabak koronavirus (Covid-19) di Mumbai, India hasil daripada jualan lukisannya sendiri.

Kavir Mody, dilaporkan menjual 24 buah lukisan abstrak untuk membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Shrimad Rajchandra Love and Care (SRLC) dalam usaha membantu mangsa Covid-19 dan pelarian di bandar itu.

Menurut laporan Times Of India, Kavir yang merupakan anak tunggal seorang ahli perniagaan tidak pernah menghadiri sebarang kelas seni lukis tetapi mampu menghasilkan lukisan abstrak yang menarik.

Menurut ibunya, Urvashi, hanya dalam tempoh tiga bulan, mereka berjaya menjual kesemua hasil lukisan kanak-kanak itu melalui laman sosial.

"Pada mulanya kami menjual lukisan-lukisan itu pada harga 6,000 rupee (RM340) sebelum kami menerima panggilan daripada ahli perniagaan dan beberapa individu dari dalam dan luar negara yang berminat untuk membeli hasil lukisannya," katanya.

Kavir turut memberitahu ingin meneruskan usahanya dalam menghasilkan lukisan-lukisan untuk dijual dan hasil jualan tersebut akan disumbangkan kepada orang yang memerlukan. - Agensi

Artikel Berkaitan: