Lekat telefon bimbit atas siling tandas stesen minyak

Sebuah telefon bimbit yang ditampal menggunakan pita pelekat di bahagian siling tandas awam di sebuah stesen minyak di Bangkok, Thailand.
Sebuah telefon bimbit yang ditampal menggunakan pita pelekat di bahagian siling tandas awam di sebuah stesen minyak di Bangkok, Thailand.
A
A
A

BANGKOK - Polis menahan seorang lelaki yang didakwa cuba merakam video wanita ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Sa Kaew, 23, yang juga merupakan pekerja stesen minyak itu ditahan selepas seorang wanita menemui sebuah telefon bimbit yang dilekatkan di siling tandas berkenaan.

Ketika kejadian, wanita itu bersama seorang lagi rakannya sedang menggunakan tandas tersebut sebelum dia bertindak melaporkan perkara itu kepada pemilik premis berkenaan yang kemudian mengadu kepada pihak polis.

"Saya selalu berhati-hati ketika menggunakan tandas awam dan kali ini saya terkejut apabila menemui telefon bimbit ditampal di siling tandas," katanya.

Pihak polis berkata, kes itu masih sedang disiasat. - Agensi

Artikel Berkaitan: