Jutawan India belanja perkahwinan anak AS$82 juta kini muflis

Shristi (kiri) merupakan anak Pramod pada majlis perkahwinannya pada tahun 2013 di Barcelona, Sepanyol. - Foto
Getty. Gambar kanan: Pramod - Foto GETTY
Shristi (kiri) merupakan anak Pramod pada majlis perkahwinannya pada tahun 2013 di Barcelona, Sepanyol. - Foto Getty. Gambar kanan: Pramod - Foto GETTY
A
A
A

LONDON - Seorang ahli perniagaan, Pramod Mittal yang pernah dilaporkan membelanjakan AS$82 juta (RM351.37 juta) untuk majlis perkahwinan anak perempuannya selama tiga hari berturut-turut pada tahun 2013 telah diisytiharkan muflis, lapor portal berita Daily Beast pada 29 Jun lalu.

Beliau merupakan adik kepada taikun Lakshmi Mittal, 79, yang merupakan individu ke-19 terkaya di Britain yang menjadi bilionair sebagai ketua Arcelor Mittal iaitu syarikat pengeluar keluli terbesar dunia.

Lakshmi dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai AS$10 bilion (RM42.85 bilion).

Namun, adiknya dilaporkan mempunyai hutang sebanyak AS$160 juta (RM685.60 juta).

Akhbar Britain, The Times melaporkan bahawa Pramod, 64, dianggap hilang kekayaan ketika terlibat dalam satu siasatan tentang jenayah terancang.

Dia pernah disiasat polis Bosnia pada tahun lalu.

Dua beradik yang tinggal di rumah mewah di London itu tidak begitu akrab sejak beberapa tahun lalu.

Permusuhan antara kedua-dua beradik itu memang diketahui ramai pihak.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Pramod mengadakan perkahwinan mewah di Barcelona, Sepanyol pada tahun 2013 untuk anak perempuannya, Shristi dengan menampilkan kek setinggi enam tingkat dan seberat 60 kilogram yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada abangnya.

Ini kerana Lakshmi dikatakan pernah membelanjakan AS$60 juta (RM256.80 juta) untuk perkahwinan anak perempuannya, Vanisha.

Majlis perkahwinan pada tahun 2004 itu diadakan di Istana Versailles di luar Paris dengan persembahan penyanyi terkenal, Kylie Minogue dan pertunjukan bunga api yang dilancarkan dari Menara Eiffel.

Kebankrapan Pramod itu adalah berdasarkan kepada perjanjian pada tahun 2006 apabila beliau bertindak sebagai penjamin untuk satu perniagaan Bosnia. - Agensi