Badan sukan berdaftar dapat lampu hijau adakan AGM

Semua badan sukan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dibenar mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan mesyuarat seumpamanya bermula Rabu ini.
Semua badan sukan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dibenar mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan mesyuarat seumpamanya bermula Rabu ini.
A
A
A

SEMUA badan sukan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dibenar mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan mesyuarat seumpamanya bermula Rabu ini.

Pejabat Pesuruhjaya Sukan berkata, jumlah ahli mesyuarat maksimum yang dibenarkan ialah 250 orang dengan mengambil kira kapasiti ruang tempat mesyuarat dengan jarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

"Badan sukan terlibat juga harus mematuhi saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan, selain prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Badan sukan juga disaran mengguna pakai aplikasi MySejahtera yang dibangunkan kerajaan agar penilaian kesihatan ahli-ahli dapat dibuat bagi membolehkan KKM mengambil tindakan yang cepat sekiranya berlaku kes baharu jangkitan Covid-19,” demikian menurut kenyataan itu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan, kerajaan membenarkan penganjuran mesyuarat, seminar, bengkel, kursus, latihan dan persidangan oleh pihak kementerian dan agensi kerajaan serta swasta, tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.

Kebenaran itu melibatkan jumlah peserta maksimum seramai 250 orang mengikut kapasiti ruang dewan, jarakan sosial sekurangnya-kurangnya satu meter selain semua peserta perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengimbas kod QR sewaktu pendaftaran. - Bernama

Artikel Berkaitan: