India lulus ujian klinikal vaksin Covaxin untuk pesakit Covid-19

Ujian klinikal ke atas manusia dijadualkan bermula di seluruh negara pada Julai.
Ujian klinikal ke atas manusia dijadualkan bermula di seluruh negara pada Julai.
A
A
A

BANGALORE - Vaksin koronavirus (Covid-19) dihasilkan Bharat Biotech telah diluluskan untuk ujian klinikal ke atas manusia yang menjadi vaksin domestik pertama berpotensi yang mendapat lampu hijau selepas negara itu kini mencatatkan lebih 500,000 jangkitan.

Pengawal Ubat Umum India memberi kelulusan untuk ujian fasa pertama dan kedua vaksin Covaxin yang dihasilkan bersama Institut Virologi Negara Majlis Penyelidikan Perubatan India.

Ujian klinikal ke atas manusia dijadualkan bermula di seluruh negara pada Julai.

Difahamkan, firma berpusat di Hyderabad itu telah mengedarkan lebih empat bilion vaksin ke seluruh negara dan pernah menghasilkan vaksin untuk H1N1 dan rotavirus.

Semalam, tentera China turut diberi kebenaran untuk menggunakan vaksin berpotensi yang dihasilkan unit penyelidikan dan CanSino Biologics selepas ujian klinikal membuktikan ia selamat dan berkesan untuk merawat Covid-19.

Ketika ini, terdapat kira-kira 120 program vaksin yang sedang dijalankan di seluruh dunia dan sebanyak enam firma di India kini giat menghasilkan vaksin untuk merawat Covid-19. - Agensi

Artikel Berkaitan: