X

Kindly register in order to view this article
!

Kes bunuh Datuk Seri bermotifkan wang: Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada sidang media di Bukit Aman hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, dekat sini pada Sabtu lepas adalah bermotifkan wang, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Huzir berkata, siasatan pihaknya dalam kes itu membabitkan semua aspek.

“Selain itu, keputusan bedah siasat mangsa belum diperoleh dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh Datuk Seri: Vinod tampil serah diri

Polis buru El bantu kes bunuh Datuk Seri

Tujuh suspek ditahan kes culik, bunuh Datuk Seri

Kes bunuh Datuk Seri: Polis reman El, kini cari Thamby

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang disusuli penemuan mayat mangsa di kawasan belukar itu.

Mangsa sebelum itu dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10.30 pagi, 10 Jun lepas.

Huzir juga berkata, pihaknya telah menahan tiga suspek lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang wanita Nigeria.

Pada 4 Jun lepas, polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merogol mangsa di sebuah rumah di Cheras. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!