Tarik rambut, heret isteri keluar dari rumah bakal madu

Isteri diheret keluar dari rumah bakal madunya oleh suaminya. - Foto Daily Mail
Isteri diheret keluar dari rumah bakal madunya oleh suaminya. - Foto Daily Mail
A
A
A

BIHAR - Seorang suami tergamak menarik rambut isterinya untuk menghalau wanita itu keluar dari rumah bakal isteri baharunya selepas hasrat berkahwin lain dihalang.

Perbuatan kejam itu terbongkar selepas rakaman aksi itu tular di laman sosial dan didakwa berlaku di Kampung Hussaina Khurd, di daerah Vaishali, Bihar, India pada 24 Jun, lapor Daily Mail.

Rakaman itu menunjukkan wanita tersebut sudah berada di lantai dan lelaki itu menarik rambutnya.

Apabila wanita itu dipaksa bangun, lelaki berkenaan terus memegang rambutnya dengan agresif dan menarik untuk berjalan.

Menurut laporan tempatan, mangsa telah datang ke kampung tersebut setelah diberitahu bahawa suaminya akan berkahwin dengan wanita lain di kampung itu pada 25 Jun.

Keadaan menjadi tegang apabila wanita itu muncul dan memberitahu bahawa dia adalah isteri kepada lelaki itu.

Bagaimanapun tidak dijelaskan adakah lelaki itu dibenarkan atau tidak secara sah untuk berkahwin dengan wanita kedua.

Setelah mendengar berita itu, keluarga bakal pengantin wanita itu menunda perkahwinan.

Artikel Berkaitan:

Wanita itu juga secara fizikal diheret keluar dari rumah bakal pengantin dan diarak ke kampung, kemudian dikurung di dalam bilik oleh lelaki berkenaan, menurut laporan tempatan.

Sementara itu, polis belum menerima sebarang laporan dari mangsa atau lelaki berkenaan.