Amanah bawa isu calon PM ke Majlis Presiden PH

Khalid - Foto Bernama
Khalid - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju membawa isu pencalonan Perdana Menteri bagi pihak pembangkang ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mendapat keputusan bersama.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah hari ini bagi membincangkan isu pencalonan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, mesyuarat itu juga mengambil maklum bahawa cadangan tersebut adalah bagi mencari penyelesaian kepada usaha mencukupkan sokongan Ahli Parlimen bagi membolehkan PH membentuk semula kerajaan.

“Setelah mengambil pandangan semua ahli-ahli mesyuarat, Amanah menganggap bahawa persoalan ini perlu diputuskan bersama dalam Majlis Presiden PH demi menjamin kesepakatan dan kebersamaan dalam menangani persoalan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon PM: Shafie Apdal umum keputusan dalam masa terdekat

Kepimpinan Amanah tidak tahu Shafie Apdal calon PM

“Mesyuarat menegaskan persoalan mengambil kembali kerajaan adalah sesuatu yang perlu diutamakan,” menurutnnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Jun lalu dilaporkan sebagai berkata, beliau menyokong penuh cadangan Amanah, Warisan dan DAP agar Mohd Shafie dipilih sebagai calon untuk jawatan Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, keputusan memilih Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, dicapai sebulat suara dalam satu pertemuan dengan sekutunya (Amanah, Warisan dan DAP) di Rumah Tetamu Sabah dekat sini pada Khamis (25 Jun).

Beliau berkata, dalam pertemuan itu, mereka juga bersetuju mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 dan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2. - Bernama