Operasi menyelamat bersambung esok

Muhammad Nur Syam
Muhammad Nur Syam
A
A
A

BACHOK - Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa bot karam di perairan Kemasin di sini ditangguhkan pada jam 6 petang tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Muhammad Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, sehingga jam 6 petang tadi, pihaknya masih belum menemui sebarang petanda berkaitan tiga lagi mangsa yang belum ditemui.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya berjaya menunda bot karam tersebut ke muara Kuala Kemasin setelah menemuinya pada jarak 18 batu nautika dengan bantuan tiga bot nelayan dan bot tunda.

"Operasi hari ini ditamatkan pada jam 6 petang dengan penemuan seorang sahaja mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bot karam: Lapan mangsa dirawat di HRPZ II dibenar pulang

'Umpama menunggu malaikat maut cabut nyawa'

Empat maut bot karam dibadai ribut

Korban kelima tragedi bot karam ditemukan

Artikel Berkaitan:

"Untuk operasi hari ini, lima bot digunakan termasuk sebuah helikopter bagi mengesan kedudukan bot yang beralih dari lokasi asal insiden," katanya.

Beliau berkata, pasukan penyelamat berdepan kesukaran apabila bot karam itu ditemui dalam keadaan mengiring.

"Dalam masa yang sama, banyak tali bubu yang boleh membahayakan penyelam. Kalau mereka masuk dan terbelit, mereka akan terkorban.

"Jadi apa yang kita lakukan sekarang ialah memastikan pelampung di bahagian belakang bot terus terapung selama yang mungkin," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bot yang dinaiki 20 pemancing dan pencandat sotong dari Pasir Mas itu dipukul ribut di perairan Kemasin sejauh 10 batu nautika dari Jeti Pangkalan Kemasin di sini malam tadi.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bot yang dinaiki 20 pemancing dan penyandat sotong dari Pasir Mas itu telah dipukul ribut di perairan Kemasin sejauh 10 batu nautika dari Jeti Pangkalan Kemasin di sini malam tadi.

Sehingga jam 6 petang tadi, 17 mangsa telah ditemui di mana lima daripadanya meninggal dunia.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan untuk menjejak tiga lagi mangsa lain.