Kekasih Puteri Mako perjelas isu tangguh perkahwinan

Orang ramai menonton paparan televisyen yang menyiarkan pengumuman pertunangan Komura dan Puteri Mako pada September 2017.
Orang ramai menonton paparan televisyen yang menyiarkan pengumuman pertunangan Komura dan Puteri Mako pada September 2017.
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Teman lelaki Puteri Mako hari ini menegaskan bahawa keluarganya tidak berdepan masalah kewangan.

Kei Kamuro dan Puteri Mako iaitu cucu paling tua Raja Akihito dijadual melangsungkan pertunangan di mahkamah tradisional Jepun pada awal 2018 sebelum berkahwin hujung tahun yang sama.

Namun, perkahwinan mereka itu tertangguh pada Februari tahun lalu selepas laporan mengatakan keluarga Komura dihimpit masalah kewangan apabila ibunya gagal membayar hutang empat juta yen (RM1.5 juta) kepada bekas tunangnya.

“Saya dan ibu mahu menjelaskan bahawa pinjaman daripada bekas tunang ibu saya sudah langsai," kata Komura dalam kenyataan yang disiarkan hari ini.

Komuro berkata apabila ibu dan tunangnya berpisah pada 2012, lelaki itu menegaskan bahawa wang yang dipinjamkan untuk majlis pertunangan mereka tidak perlu dibayar semula.

Namun setahun kemudian, lelaki itu meminta semula wang yang diberikannya kepada ibu Komuro.

Kemudian ibunya menemui bekas pasangannya itu dan memberitahu dia tidak mampu membayar wang tersebut dan tiada lagi permintaan dikemukakan oleh lelaki tersebut.

Pada Februari 2018, Komuro dan Mako menangguhkan perkahwinan mereka sehingga 2020 dengan alasan memerlukan lebih masa untuk melakukan persediaan.

Artikel Berkaitan:

Namun khabar angin mengatakan perkahwinan itu ditangguh atas faktor kewangan. – AFP