Covid-19: Bursa Malaysia ditutup tinggi

Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif sepanjang hari untuk ditutup tinggi hari ini disokong oleh kaunter berkaitan penjagaan kesihatan dan produk pengguna meskipun kebimbangan berterusan terhadap koronavirus (C) yang memberi kesan kepada semua sektor.
Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif sepanjang hari untuk ditutup tinggi hari ini disokong oleh kaunter berkaitan penjagaan kesihatan dan produk pengguna meskipun kebimbangan berterusan terhadap koronavirus (C) yang memberi kesan kepada semua sektor.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif sepanjang hari untuk ditutup tinggi hari ini disokong oleh kaunter berkaitan penjagaan kesihatan dan produk pengguna meskipun kebimbangan berterusan terhadap koronavirus (C) yang memberi kesan kepada semua sektor.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.54 mata atau 0.43 peratus untuk ditutup kepada 1,500.97 daripada paras penutup 1,494.43 pada Isnin.

Indeks itu dibuka turun 1.02 mata kepada 1,492.07 dan bergerak antara paras 1,494.97 dan 1,509.12 sepanjang hari dagangan.

Keseluruhan suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 554 berbanding 388, manakala 448 kaunter tidak berubah, 560 tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 5.34 bilion saham bernilai RM3.74 bilion daripada 6.01 bilion saham bernilai RM3.05 bilion pada Isnin.

Di peringkat serantau, Nikkei Jepun meningkat 1.63 peratus kepada 22,354.38, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.01 peratus kepada 24,301.28 dan Indeks Straits Times Singapura naik 0.94 peratus kepada 2,598.36.

Di dalam negara, lebihan perdagangan Malaysia meningkat 14.7 peratus tahun ke tahun kepada RM10.41 bilion bulan lepas, lebihan perdagangan bulanan tertinggi yang direkodkan pada Mei sejak Mei 2008.

Ia juga merupakan kali keempat negara mencapai lebihan perdagangan di atas paras RM10 bilion tahun ini dan melantun semula daripada defisit RM3.5 bilion yang dicatatkan pada April, defisit bulanan pertama Malaysia dalam tempoh 22 tahun.

Artikel Berkaitan:

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM7.51, IHH Healthcare turun 10 sen kepada RM5.50, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.20, manakala Tenaga dan Public Bank menokok enam sen setiap satu masing-masing kepada RM11.62 dan RM16.50.

Dalam kalangan kaunter paling cergas, AT Systematization susut 3.5 sen kepada 10.5 sen, VSolar turun setengah sen kepada 6.5 sen Careplus berkurangan empat sen kepada RM1.42 dan waran HLT Global jatuh satu sen kepada 43.5 sen, manakala Sapura Energy meningkat setengah sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 59.6 mata kepada 10,551.98, Indeks FBMT 100 naik 59.8 mata kepada 10,413.00 dan FBM 70 menokok 132.01 mata kepada 12,939.63.

Indeks FBM Emas Shariah naik 85.8 mata kepada 12,039.29 manakala FBM ACE susut 40.62 mata kepada 6,164.31.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.1 mata kepada 133.66, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 10.75 mata kepada 12,712.51 dan Indeks Perladangan menokok 16.1 mata kepada 6,710.24.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.57 bilion saham bernilai RM2.91 bilion daripada 2.53 bilion saham bernilai RM2.3 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran naik kepada 486.17 juta unit bernilai RM131.97 juta berbanding 443.87 juta bernilai RM103.76 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 2.28 bilion saham bernilai RM691.41 juta daripada 3.03 bilion saham bernilai RM645.07 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 310.15 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (672.3 juta), pembinaan (192.0 juta), teknologi (164.09 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (48.23 juta), hartanah (143.3 juta), perladangan (33.05 juta), REITs (20.36 juta), dana tertutup (1,000), tenaga (646.9 juta), penjagaan kesihatan (99.92 juta), telekomunikasi dan media (75.47 juta), pengangkutan dan logistik (138.47 juta) dan utiliti (27.57 juta). - Bernama