Covid-19: Kes positif, kematian meningkat di Indonesia

Kes positif Covid-19 di Indonesia dalam tempoh 24 jam yang lepas terus meningkat kepada 56,385 kes, dengan 71 lagi kematian.
Kes positif Covid-19 di Indonesia dalam tempoh 24 jam yang lepas terus meningkat kepada 56,385 kes, dengan 71 lagi kematian.
A
A
A

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia dalam tempoh 24 jam yang lepas terus meningkat kepada 56,385 kes, dengan 71 lagi kematian.

Presiden Indonesia, Joko Widodo menerusi Twitter rasminya @jokowi hari ini mengarahkan pemerintah provinsi agar tidak melonggarkan peraturan pembatasan sosial berskala besar (PSBB), sekiranya kes positif virus itu berterusan meningkat.

“Kalau belum waktunya, jangan paksakan (longgarkan peraturan PSBB). Kalau diterapkan, monitor dan evaluasi. Kalau keadaannya naik (kes meningkat), ya tutup lagi,” catatan beliau di laman Twitternya.

Beberapa provinsi termasuk Jakarta mula menerapkan proses transisi atau pemulihan PSBB yang membenarkan beberapa aktiviti sosio ekonomi dibuka sejak pertengahan Jun lepas antaranya pembukaan rumah ibadat, kebenaran bekerja di pejabat, pembukaan pusat membeli belah dan rekreasi.

Sementara itu jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 1,293 kes positif baharu, manakala jumlah keseluruhan kematian kini 2,876 orang.

“Sebanyak 13,182 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 893 kes, diikuti provinsi Jakarta (632 kes), Kalimantan Selatan (189), Jawa Barat (176) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Artikel Berkaitan: