Mayat wanita separuh bogel dalam ladang kes bunuh

Mayat yang dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam di kawasan cerun ladang.
Mayat yang dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam di kawasan cerun ladang.
A
A
A

IPOH - Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat seorang wanita separuh bogel dalam keadaan berulat dan kembung di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Bidor-Sungkai di Bidor semalam sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat berusia lingkungan 40-an itu di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pagi tadi menemui kesan kecederaan tisu lembut disebabkan objek tumpul.

“Luka dialami si mati berpadanan dengan objek tumpul seperti penumbuk atau yang seumpama dengannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Mayat wanita separuh bogel ditemui berulat

Beliau berkata, identiti mayat yang dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam itu belum dapat dikenal pasti dan polis percaya wanita terbabit dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan cerun ladang berkenaan.

Katanya, siasatan di tempat kejadian yang turut dihadiri pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak tidak menemukan sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan penemuan mayat itu dan polis sedang giat mengesan suspek.

Wan Azharuddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: