Hina Jata Negara perbuatan biadab dan tidak boleh dimaafkan

Saifuddin ketika melawat pusat media selepas Majlis Makan Tengah Hari Bersama Media dan Lawatan Rasmi Ke Pusat Media PRK DUN Chini di Pekan.
Saifuddin ketika melawat pusat media selepas Majlis Makan Tengah Hari Bersama Media dan Lawatan Rasmi Ke Pusat Media PRK DUN Chini di Pekan.
A
A
A

PEKAN - Perbuatan menghina Jata Negara yang merupakan lambang rasmi kedaulatan negara adalah sikap biadab serta tidak boleh dimaafkan.

Menteri Komunkasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau sudah menghubungi Tan Sri Abdul Hamid Bador selepas isu berkenaan tular di media sosial dan Ketua Polis Negara itu mengesahkan siasatan sudah dijalankan.

"Saya yakin polis akan membuat siasatan rapi dan saya berharap sesiapa sahaja yang bersalah diberikan hukuman berat.

"Saya juga kesal dengan perbuatan itu kerana Jata Negara adalah simbol kebesaran negara dan harus dihormati, ada etika menggunakannya," katanya.

Saifuddin berkata, Jata Negara sama seperti bendera yang patut dihormati dan digunakan dengan penuh tertib.

"Kalau zaman dahulu iaitu zaman peperangan Jata Negara dipegang dan apa yang terjadi sekalipun ia tidak boleh jatuh.

"Jadi, orang zaman dahulu bermati-matian untuk mempertahankan Jata dan bendera tapi ada pula orang yang tidak beradab terhadap Jata Negara sedangkan ia adalah simbol tertinggi kepada sebuah negara," katanya.

Artikel Berkaitan: