1,781 Tabika Perpaduan dibuka hari ini

Murid di Taska Genius Perpaduan di Taman Universiti Skudai memulakan normal baharu penjarakkan sosial di kelas mereka.
Murid di Taska Genius Perpaduan di Taman Universiti Skudai memulakan normal baharu penjarakkan sosial di kelas mereka.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 38,000 kanak-kanak di 1,781 Taman Bimbingan Kanak- kanak (Tabika) di bawah Kementerian Perpaduan Negara di seluruh negara memulakan sesi persekolahan hari ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) normal baharu dipatuhi, kementeriannya menyalurkan peruntukan sebanyak RM 2.4 juta bagi proses sanitasi, menyediakan sanitizer dan peralatan diperlukan susulan norma baharu untuk menghalang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pembukaan 41 buah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Genius Perpaduan pula adalah pada 16 Julai depan.

Halimah (tengah) bertanya khabar murid di Taska Genius Perpaduan di Taman Universiti Skudai semalam.
Halimah (tengah) bertanya khabar murid di Taska Genius Perpaduan di Taman Universiti Skudai semalam.

"Saya berpuas hati dengan SOP yang telah dipatuhi secara keseluruhannya dengan baik di Tabika dan Taska di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

"Saya mengharapkan ibu bapa juga bersama-sama bertanggungjawab dengan pengurusan Tabika atau Taska bagi memastikan anak dalam keadaan sihat dan menyediakan kelengkapan anak," katanya pada sesi lawatan ke Taska Genius Perpaduan di Taman Universiti Skudai semalam.

Dalam pada itu beliau memberitahu, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melihat semula silibus Taska bagi membolehkan penambahbaikan dari aspek pembelajaran dan nutrisi pemakanan.

"Sebuah jawatankuasa untuk melihat semula silibus Taska ini sudah ditubuhkan. Ada pendekatan baharu yang dimasukkan dalam modul permata genius.

Artikel Berkaitan:

"Jawatankuasa ini dipantau Timbalan Menteri Perpaduan, Datuk Seri Ti Lian Ker," kata beliau lagi.

Untuk rekod, terdapat dua Taska Genius Perpaduan di Johor iaitu di Taman Universiti Skudai dan Simpang Renggam.