X

Kindly register in order to view this article
!

Sabah hantar pulang 409 warga Indonesia

Sabah hari ini menghantar pulang 409 PATI warga Indonesia melalui jalan laut dari Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia. Foto: FB MKN Sabah
A
A

TAWAU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah hari ini menghantar pulang 409 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia melalui jalan laut dari Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia.

Pengarah MKN Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kejayaan pengusiran itu atas faktor kerjasama baik diberikan kerajaan Indonesia seperti mana dalam siri-siri pengusiran terdahulu.

"Ini pengusiran siri ke-19 melalui laut bagi tahun 2020 melibatkan PATI Indonesia.

"Selain itu, pengusiran 11 PATI warganegara Pakistan, China dan Sri Lanka dijalankan melalui udara yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga kini jumlah pengusiran PATI sepanjang tahun ini ialah 4,355 orang.

Beliau dalam pada itu berkata, kerjasama masyarakat adalah penting terutamanya majikan agar tidak melindungi dan menggaji PATI untuk bekerja. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus