Buffon, Chiellini sambung kontrak dengan Juventus

Buffon (kiri) dan Chiellini mahu terus beraksi dalam Serie A
Buffon (kiri) dan Chiellini mahu terus beraksi dalam Serie A
A
A
A

BIARPUN semakin dimamah usia, penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon serta tonggak pertahanan Itali, Giorgio Chellini menandatangi kontrak setahun dengan Juventus untuk terus beraksi dalam saingan Serie A.

Menerusi satu kenyataan daripada Juventus, kehadiran Buffon 43 dan Chiellini, 36 yang juga pemain kebangsaan Itali ketika ini dilihat mampumemberikan impak kepada skuad The Old Lady berkenaan berdasarkan pengalaman yang dimiliki.

"Kita memilih Buffon kerana ia membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang dalam bola sepak dan ia (usia) hanyalah sesuatu yang peribadi bagi seseorang pemain.

"Chellini pula dikenali dengan semangat melawannya selain mentaliti kemenangan yang dimilikinya diharap mampu memperkuatkan lagi pasukan kita," menurut kenyataan berkenaan.

Untuk rekod, penampilan Buffon kali ini bakal menyaksikan penjaga gol berkenaan dalam pemburuan untuk kejuaraan liga ke sepuluhnya bersama Juventus selain menyamai rekod Paolo Maldini yang mebuat sebanyak 647 penampilan dalam saingan Serie A.

Malah Buffon yang beraksi cemerlang ketika membantu Itali muncul juara Piala Dunia 2006 lalu turut mencatat rekod tersendiri apabila memiliki 176 caps bersama skuad kebangsaan Itali.

Dalam pada itu, Chiellini pula masih mendapat tempat dalam kesebelasan skuad kebangsaan Itali pula dilihat masih mampu beraksi dengan baik selain dilihat mampu mengekang asakan-asakan lawan kelak.

Sementara itu kenyataan berkenaan turut mendedahkan bahawa Buffon turut memegang rekod dengan 479 penampilan dalam saingan Serie-A sejak menyertai Juventus pada 2001 daripada Parma.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan itu lagi, Buffon dilihat mampu menyamai rekod Marco Ballotta selaku pemain paling berusia yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

"Biarpun telah berusia, namun Buffon dan Chiellini sememangnya berada dalam kelas mereka yang tersendiri dan kedua-duanya masih mampu beraksi dengan baik.

"Justeru mungkin faktor-faktor inilah yang memungkinkan Juventus bersetuju untuk menyambung kontrak kedua-dua pemain ini," katanya.