Zidane dedah bakal bersara awal

Zidane
Zidane
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane mendedahkan dia bakal bersara 'awal' daripada bidang pengurusan pasukan kerana sering berdepan dengan 'tekanan pekerjaan' hingga menganggu kehidupan hariannya.

Lagenda di Santiago Bernabeu berusia 48 tahun itu juga mendedahkan bahawa dia pernah mengumumkan untuk berbuat demikian sebelum ini, namun tidak meneruskan hasrat berkenaan.

Bagaimanapun selepas menyaksikan kemenangan 1-0 skuad Los Blancos itu ke atas Espanyol semalam, Zidane menyifatkan perkara itu (bersara) akan tetap dimuktamadkan kelak.

"Sudah tentu saya tidak akan melakukannya (umum persaraan) sekali lagi dalam tempoh 20 tahun kerana saya tidak akan menjadi jurulatih selama itu dan akan bersara sebelum sampai tempoh berkenaan.

"Saya bukannya jurulatih biasa dan segala-galanya boleh berlaku. Saya juga tidak merancang apa-apa, cuma dari hari ke hari ia menggembirakan saya.namun untuk berapa lama kegembiraan itu, saya tidak tahu," katanya.

Untuk rekod, Zidane mengambil alih tugas pengendali Real Madrid darpada Rafa Benitez pada 2016.Zidane kemudiannya mengemudi skuad Los Blancos itu untuk tiga kejuaraan Liga Juara-Juara selain takhta La Liga.

Namun pada 2018, Zidane membuat kejutan apabila mengumumkan untuk berundur selaku pengendali pasukan selain disebabkan faktor perpindahan Christiano Ronaldo serta faktor umur rata-rata pemain Real Madrid, biarpun berjaya merangukul trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga.

Terbaharu, Zidane kembali ke Santiago Bernabeu Mac lalu dan setakat ini berjaya meletakkan Madrid pada kedudukan terbaik La Liga menerusi lima kemenangan dalam lima perlawanan sejak saingan La Liga bermula kembali awal bulan ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Zidane menegaskan dia sebelum ini sememangnya tidak mahu menjadi jurulatih setelah bersara daripada bola sepak.

"Dalam pemikiran, saya sentiasa seorang pemain dan saya telah beraksi selama 18 atau 19 tahun dan saya menafikan bila ada yang bertanya apakah saya akan menjadi jurulatih.

"Bagaimanapun kini saya seorang jurulatih dan ia benar-benar memenatkan! Oleh itu sudah pasti saya tidak akan menjadi jurulatih bagi tempoh 20 tahun lagi,. Itu yang pasti," katanya.