X

Kindly register in order to view this article
!

Perbicaraan kes bunuh George Floyd tahun depan

Seorang penunjuk perasan memegang poster gambar Floyd dalam satu protes di Detroit, Michigan baru-baru ini. - Foto AFP
A
A

MINNEAPOLIS - Seorang hakim pada Isnin lalu menetapkan perbicaraan ke atas empat anggota polis yang dituduh membunuh penduduk Afrika Amerika, George Floyd ditetapkan pada 8 Mac 2021 bagi mengelak kes sensitif itu menjadi 'keghairahan media' berikutan pilihan raya Presiden yang semakin hampir.

Ketika protes berhubung ketidakadilan kaum berterusan di seluruh negara Amerika Syarikat (AS), Hakim Daerah Hennepin, Peter Cahill memberi amaran kepada empat bekas anggota polis tersebut, peguam bela dan para pegawai kerajaan tidak memainkan isu-isu sensitif melalui penyebaran berita.

"Saya mahu melihat publisiti sebelum perbicaraan tidak memasukkan kenyataan daripada keluarga daripada kedua-dua pihak, polis dan pegawai yang dipilih (dalam kes pembunuhan itu) berhubung bersalah atau tidak bersalah atau merit tentang kes tersebut," katanya kepada mahkamah.

Derek Chauyin, 44, yang menjadi anggota polis ketika kejadian itu dalam satu rakaman vido bertindak menekan lututnya pada 25 Mei lalu terhadap leher Floyd, 46, selama lapan minit sehingga dia tidak menjadi agresif berdepan dakwaan membunuh peringkat kedua dan ketiga.

Tiga yang lain turut bersama Chauyin ketika mereka menangkap Floyd dan didakwa bersubahat melakukan pembunuhan.

Tidak ada seorang pun daripada mereka yang membuat rayuan berhubung dakwaan itu. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus