UTeM cipta Reruai Saringan Covid-19 di Hospital Melaka

Swee Leong (duduk) sedang melalui proses pengujian Reruai Saringan Covid-19 oleh petugas di Hospital Melaka.
Swee Leong (duduk) sedang melalui proses pengujian Reruai Saringan Covid-19 oleh petugas di Hospital Melaka.
A
A
A

MELAKA - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya membangunkan Reruai Saringan Covid-19 untuk kegunaan di Hospital Melaka.

Projek yang dibangunkan oleh UTeM dengan kerjasama rakan industri, AFA Technologies Sdn Bhd dan ALPRO Engineering Sdn Bhd dan mendapat nasihat dari Hospital Melaka itu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, hasil inovasi pihaknya itu dapat mengurangkan beban doktor selain selamat digunakan.

"Ia dilengkapi dengan penapis 'ulpa' yang dipercayai mempunyai tahap kefisienan tinggi menapis zarah bersaiz 0.12 micro.

"Reruai ini juga dilengkapi dengan mikrofon tanpa wayar untuk komunikasi antara doktor dan pesakit serta lampu dan penghawa dingin untuk keselesaan doktor menjalankan tugas," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Reruai Saringan Covid-19 untuk kegunaan di Hospital Melaka ini lebih selamat untuk buat saringan.
Reruai Saringan Covid-19 untuk kegunaan di Hospital Melaka ini lebih selamat untuk buat saringan.

Hadir sama, Pengarah Pusat Hubungan Industri UTeM, Profesor Madya Dr Kok Swee Leong.

Beliau berkata, penyelidikan dan inovasi itu dibangunkan pada asas kerjasama penyelidikan antara UTeM dan Hospital Melaka dalam bidang 'tele-medicine' dan 'tele-health'.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Reruai Saringan Covid-19 berkenaan telah diserah secara rasminya oleh pihak UTeM dan industri terlibat kepada Hospital Melaka pada minggu lalu kepada Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Melaka, Dr Mohd Rosli Tompang.